Tokoh-tokoh tamadun Rom  

Posted by Unknown in

                     



  • Gaius Julius Caesar (13 Julai 100 SM - 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politik, jeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang genting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom.
  •  Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno.
  •  Caesar membuat serangan pertama oleh Rom terhadap Britain pada tahun 55 SM, dan penaklukan Gaul oleh beliau telah memperluas dunia Rom sehingga ke Lautan Atlantik.
  • Pada tahun 42 SM, iaitu dua tahun selepas pembunuhannya, Senat Rom telah menerima Caesar secara rasmi sebagai salah satu daripada dewa Rom.
  • Dilahirkan pada bulan Quinctilis (13 Julai), bulan ini kemudiannya diberikan nama "Julai" (daripada nama "Julius") untuk memperingati jasa beliau.
  • Caesar bertempur dalam satu perang saudara yang menyebabkan beliau menjadi penguasa dunia Rom yang tidak dapat dipertikaikan dan selepas mengambil alih kerajaan, beliau memulakan pembaharuan yang meluas untuk kedua-dua masyarakat dan kerajaan Rom.
  • Beliau diisytiharkan sebagai diktator seumur hidup, dan memusatkan birokrasi Republik dengan pesat.
  • Dengan penuh ironi, ini memaksakan Marcus Junius Brutus, kawan Caesar, untuk berkomplot dengan orang-orang lain bagi tujuan membunuh beliau dan memulihkan Republik Rom.
  • Pembunuhan yang dramatik ini pada 15 Mac 44 SM mencetuskan satu perang saudara yang baru di Rom.


                               

  • Augustus Caesar (Bahasa Latin: IMPERATOR CAESAR DIVI FILIVS AVGVSTVS;[1] 23 September 63 SM19 Ogos AD 14) dikenali sebagai Gaius Julius Caesar Octavianus (dalam bahasa Inggeris: Octavian) untuk jangka hayatnya sebelum 27 SM merupakan maharaja pertama dan antara yang terpenting dalam sejarah empayar Rom.
  • Beliau telah dilahirkan di Rom (atau Velletri) pada 23 September 63 SM dengan nama Gaius Octavius.
  • Bapanya juga bernama Gaius Octavius dan berketurunan keluarga terhormat darjah kebesaran equestrian akan tetapi tidak terkenal dan merupakan gabenor Macedonia.
  • Ibunya, Atia merupakan anak saudara kepada Julius Caesar yang kemudian menjadi jeneral Rom yang paling berjaya dan menjadi diktator.
  • Walaupun beliau telah mengekalkan bentuk luaran Republik Rom, dia memerintah sebagai autokrat selama lebih 40 tahun dan tempoh pemerintahannya merupakan garis pembahagian antara Republik dan Empayar Rom.
  •  Beliau telah menamatkan satu abad perang saudara dan memberi Rom satu era keamanan, kemakmuran dan kehebatan empayar yang dikenali sebagai Pax Romana ataupun Keamaman Rom.

This entry was posted on Thursday 7 June 2012 at Thursday, June 07, 2012 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment