31
May
Sains dan Teknologi
Sains dan Teknologi
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi juga telah disumbangkan oleh tamadun Rom. Bagaimanapun, perkembangan itu bukan digerakkan oleh seseorang tokoh secara langsung, contohnya, Boethius, iaitu ahli matematik Rom. Asas matematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani, beliau telah mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.
Boethius bukan sahaja dikenali sebagai ahli falsafah dan ahli matematik, tetapi juga
negarawan. Beliau dilahirkan di kota Rom sekitar tahun 480. Walaupun Boethius mungkin merupakan ahli matematik terulung yang pernah dilahirkan pada zaman Rom kuno, namun tahap karyanya jauh berbeza daripada ciri-ciri karya para penulis Yunani. Dia menjadi pengarang buku teks untuk setiap satu daripada empat cabang matematik dalam sastera, tctapi bidang tersebut lebih kepada peringkasan permulaan klasik, yakni Arithmetic yang hanya merupakan ringkasan daripada Introductio, karya Nicomachus; Geometry yang berasaskan karya Euclid dan termasuk penyataan sahaja, tanpa bukti, daripada sesetengah bahagian mudah empat buah buku pertama Elements; Astronomy terbit daripada Almagest karya Ptolemy, dan Music yang boleh dianggap terhutang budi kepada karya awal Euclid, Nicomachus dan Ptolemy. Dalam sesetengah kes, buku teks tersebut yang digunakan dengan meluas di sekolah biasa dalam Zaman Pertengahan mungkin mengalami interpolasi kemudiannya. Justeru, memang sukar untuk menentukan dengan tepat apakah yang boleh dikatakan asli yang datangnya daripada Boethius sendiri. Walau bagaimanapun, jelas bahawa pengarangnya amat prihatin terutamanya terhadap masalah sukatan yang mudah. Boethius dihukum bunuh pada tahun 524 atau 525, selepas menjalani hukuman penjara yang lama. Ketika dalam penjaralah dia menulis karyanya yang paling terkenal , De consolatione philosophiae. Esei yang ditulis dalam bentuk prosa dan puisi ketika dia sedang menghadapi saat-saat kematiannya adalah membincangkan tentang tanggungjawab moral yang berdasarkan falsafah Aristotle dan Plato.
This entry was posted
on Thursday, 31 May 2012
at Thursday, May 31, 2012
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.